VISI
Menjadikan sebuah perkampungan yang selamat ,aman dan damai untuk diduduki.
MISI
- Berusaha Menjayakan Visi melalui strategi berikut:
- Melaksanakan pelan pembangunan yang tepat dan teratur.
- Menyediakan Kemudahan Infrastruktur yang lengkap,
- Mengatur rancangan pembangunan sosial dan komunikasi yang berkesan
- Menubuhkan sistem pelaksanan pembangunan dan pengurusan yang efektif dan berkesan.
MOTTO
“KERJESAMI SOKMO KAMING SINING”
(dielek tempatan yang membawa maksud kami disini sentiasa berkerjasama dalam melakukan apa jua aktiviti)
LOGO
MAKSUD LOGO
- Dua Bulatan- Melambangkan penduduk kampong yang terdiri daripada pelbagai golongan dan lapisan usia yang seiring dalam mencetuskan suasana kampong yang harmoni dimana yang muda menghormati yang tua, manakala yang tua menyayangi yang muda.
- Warna Biru- Melambangkan perpaduan dan sikap berkerjasama masyarakat kampung dalam melakukan apa jua perkerjaan.
- Pokok kelapa dan Jagung- Penghasilan ekonomi utama penduduk kampung berasaskan pertanian.
- Hitam Putih- Warna asas bendera Terengganu, dimana tempat kami bernaung.
- Tungtung- Tempat pendaratan tungtung untuk bertelur disamping menjadi tempat tarikan pelancongan.
No comments:
Post a Comment