Nama Temir adalah berasal daripada nama sejenis pokok iaitu pokok Tengir. Dialek masyarakat pada masa dahulu yang menyebut perkataan Tengir adalah berbunyi Temir. Menurut orang-orang dahulu,pokok tersebut telah tumbuh dengan rendang dan tegak ditengah-tengah pasir berhampiran Lubuk Temir. Pokok tersebut sentiasa berbuah dengan lebatnya. Walaubagaimanapun pokok tersebut telah tumbang dan dihanyutkan oleh banjir yang besar yang dikenali sebagai Bah Merah. Sukar untuk menentukan tahun sebenar Bah Merah itu berlaku. Namun banyak pendapat yang menyatakan bahawa Bah Merah itu berlaku pada tahun 1924.
Penduduk asal Kampung Temir adalah berhampiran dengan muara Sungai Pauh. Ini adalah kerana pada masa dahulu Kampung Temir ini adalah merupakan sebuah pulau. Setelah berlakunya Bah Merah itu, kawasan pulau telah menjadi daratan dan bercantum dengan tanah besar. Dipercayai orang yang pertama tinggal dikampung Temir adalah dikenali dengan panggilan Tok Lubuk. Bertitik tolak daripada itu, ramai penduduk yang tinggal dimuara Sungai Pauh telah ikut berpindah kepenempatan baru ( Temir sekarang).
No comments:
Post a Comment